Struktur dan Fungsi Salur Darah

Sistem Peredaran Darah

  • Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup
  • Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.
  • Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

√ Artikel Lainnya : Tahapan Dalam Meiosis


Peredaran Pulmonari

Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.

Peredaran Sistemik

Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung

 Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada

  • Jantung
  • Saluran darah
  • Darah

√ Artikel Lainnya : Struktur Khas Pada Mineral


Struktur Jantung

  1. Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.
  2. Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.
  3. Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu:
  • Pericardium (luar)
  • Myocardium (tengah)
  • Endocardium (dalam)
  1. Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:
  • 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium
  • 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel
  1. Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung
Struktur Jantung Manusia
Struktur Jantung Manusia

Aliran Darah di Dalam jantung

  1. Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan.
  2. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid
  3. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.
  4. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru.
  5. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri.
  6. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.
  7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.

√ Artikel Lainnya : Sejarah Penemuan Mikroskop


Denyutan Jantung

Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.


Struktur dan Fungsi Salur Darah

Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:

  • Arteri
  • Vena
  • Kapilari

Arteri

  1. Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.
  2. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung
Arteri
Arteri
  1. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol
  2. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

√ Artikel Lainnya : Sejarah Penemuan Kromosom


Vena

  • Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan.
  • Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.
  • Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.
  • Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injapa ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.
  • Vena yang terkencil sekali dinamakan venul
  • Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

√ Artikel Lainnya : Contoh Karnivora Beserta Penjelasan


Kapilari Darah

Kapilari Darah
Kapilari Darah
  1. Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.
  2. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.
  3. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
  4. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

√ Artikel Lainnya : Spermatophyta (Tumbuhan Berbiji)


Darah

  1. Darah terdiri daripada
  • Pepejal (sel darah ) 40%
  • Cecair (plasma) 60%
  1. Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah.
  2. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet)

√ Artikel Lainnya : Fungsi dan Struktur Akar


Plasma

  • Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air.
  • Bahan larut yang terkandung dalam plasma:
  1. Garam-garam
  2. Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino
  3. Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin
  4. Bahan-bahan kumuh terutama urea
  5. Hormon

√ Artikel Lainnya : Struktur Anatomi Angiospermae


Sel Darah Merah (Eritrosit)

  1. Berbentuk ceper dwicekung
  2. Tidak mempunyai nukleus
  3. Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya.
  4. Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma
  5. Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang

√ Artikel Lainnya : Ciri – Ciri Herbivora


Sel Darah Putih (Leukosit)

  • Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata
  • Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus
Sel Darah Putih (Leukosit)
Sel Darah Putih (Leukosit)
  • Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam.
  • Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi.
  • Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.

√ Artikel Lainnya : Pengertian Ciri, Struktur dan Contoh Omnivora


Sel Pembeku Darah (Platelet)

Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari

Sel Pembeku Darah (Platelet)
Sel Pembeku Darah (Platelet)

Fungsi Darah

  1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan.
  2. Melawan jangkitan kuman.
  3. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-enzim.
  4. Memberi warna kepada kulit
  5. Mengawal suhu badan.

Demikian materi dari kami tentang Sistem Peredaran Darah : Pulmonari, Sistemik, Struktur, Fungsi secara lengkap dan jelas, Jangan Lupa di share ya sobat Murid.Co.Id